Friday 27 September 2013

KAJIAN PENYELIDIKAN DAN PENELITIAN DI GALERI DIRAJA SULTAN ABDUL AZIZ, KLANG, SELANGOR


Pada 9 Julai 2013 sepasukan penyelidik dari Pusat Penyelidikan Manuskrip Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah melakukan kajian penyelidikan dan penelitian di Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz, Klang, Selangor. Lawatan ini bertujuan :

  1. ATMA bercadang membina pangkalan data khusus di dalam portal malaycivilization.ukm.my mengenai Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti yang lengkap untuk rujukan penyelidik dan masyarakat am. 
  2. Mendapatkan maklumat penyelidikan dan foto berkenaan koleksi serta konsep pameran yang terdapat di Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz dan koleksi yang dimilikinya bagi memperoleh idea dalam kajian penyelidikan dan penelitian Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti.
Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz, Klang, Selangor

Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz ialah galeri mengenai koleksi peribadi yang dikumpulkan oleh Sultan Selangor yang kelapan iaitu Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Alhaj. Galeri ini dibuka hasil dari buah fikiran baginda sendiri.
       Lokasi asal galeri ini ialah di Jalan Kota Raja, Syahbandaraya (Kampung Jawa) di Klang yang dahulunya dikenali sebagai 'Muzium Kenangan' dan siap dibina pada tahun 1988. Pembinaan muzium ini, dibiayai sepenuhnya oleh baginda. Pada tahun 1996, baginda telah menitahkan kerja-kerja pengubahsuaian agar muzium ini dapat dibuka kepada rakyat jelata.
Seterusnya pada tahun 1998, baginda telah berkenan menukar nama Muzium Kenangan kepada Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz mengambil sempena nama kelahiran baginda. Dengan sokongan kerajaan negeri, Galeri Diraja siap diubahsuai dan dibuka kepada umum pada tahun 2000. Walau bagaimanapun setelah baginda  kembali ke rahmatullah pada tahun 2001, Galeri Diraja telah ditutup buat sementara.
 Setelah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menaiki tahta pada tahun 2001, baginda telah menitahkan agar inisiatif Almarhum ayahanda beliau diteruskan. Maka baginda telah menitahkan agar bangunan Sultan Suleiman iaitu bangunan 2 tingkat yang dibina pada tahun 1909 untuk dijadikan lokasi Galeri Diraja yang baru.
 Bermula tahun 2005 kerja-kerja konservasi dimulakan dengan kerjasama dari Jabatan Kerja Raya Negeri dan pihak perunding. Selepas setahun lima bulan, semua kerja-kerja pembinaan dan pengubahsuaian selesai dilaksanakan. Konservasi selesai dengan penambahan ruang bangunan pentadbiran dan stor ke atas bangunan  seluas 17,000 kaki persegi dan dua tingkat.
Galeri Diraja ini telah dirasmikan pada 17 Oktober 2007 dan dibuka kepada umum pada 1 November 2007. Antara kandungan dari pameran Galeri Diraja adalah berkisar riwayat hidup Almarhum Sultan Abdul Aziz yang telah memerintah Selangor selama lebih 39 tahun sebagai Sultan Selangor kelapan dan lebih dari 2 tahun sebagai Yang di-Pertuan Agong ke Sebelas.
            Galeri ini menyimpan lebih 1,500 koleksi peribadi Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, hadiah rakyat jelata dan sumbangan pemimpin, raja-raja dan ketua-ketua negara dari seluruh dunia. Selain itu, terdapat juga barangan peninggalan daripada sultan-sultan dan kerabat diraja Selangor sebelum ini. 
            Setiap koleksi yang dipamerkan di galeri ini dikelaskan berdasarkan jenis barangan supaya pengunjung boleh menghayati keunikannya secara lebih dekat kerana setiap satu bahan pameran itu ada ceritanya yang tersendiri. 

Antara artifak yang terdapat dalam galeri ini ialah:

Mahkota Leleng 

- Digunakan pada era zaman Sultan Muhamad iaitu Sultan Selangor yang ketiga hingga kini.
- Mahkota itu dipakai pada acara rasmi seperti Hari Pertabalan dan Hari Keputeraan Sultan
- Mahkota itu dihiasi dengan permata, intan dan berlian dari Pontianak, Indonesia serta delima yang diikat dengan emas 10 iaitu emas asli dari Pahang.

Cop mohor      
- Pelbagai jenis cap mohor rasmi yang digunakan oleh Sultan-sultan Selangor yang terdahulu dan juga kerajaan Selangor.
- Cop mohor tertua yang masih kekal dan dipamerkan di galeri itu adalah cop mohor yang digunakan oleh Sultan Selangor yang keempat iaitu Sultan Sir Abdul Samad Ibni Raja Abdullah yang memerintah negeri Selangor dari tahun 1857 hingga 1898.

Koleksi topi besi pahlawan Jepun  
- kotak yang dihias cantik dan di negara Jepun
- kotak itu digunakan hanya untuk menyimpan abu mayat pahlawan yang gugur di medan perang.

Antara barang lain yang turut dipamerkan ialah koleksi lukisan, gambar-gambar keluarga diraja, barangan kaca, kristal, seramik, tembaga, pewter, darjah kebesaran, model bangunan dan istana, model kereta api, peralatan kapal laut, basikal, cenderahati, jam, senjata, binatang peliharaan, buku dan pelbagai barangan peninggalan diraja.

Gambar-gambar semasa lawatan penyelidikan


Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz


Pengawal keselamatan 


Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Alhaj


Salasilah Kesultanan


Sejarah awal kehidupan almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj


Tugas-tugas diraja


Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung Kesebelas


Koleksi Diraja


Ruang Pameran Sementara


Perbara Tembaga yang diwarisi oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj sejak turun temurun yang digunakan oleh istana untuk upacara keagamaan


Dekorasi pejabat Almarhum


Kapal Bugis


Kaedah gabungan antara teks bergambar dengan artifak


Ruang untuk koleksi diraja dengan meletakkan mahkota di tengah-tengah ruang.


Nobat Diraja Selangor


Model istana Alam Shah


Kaedah perletakan koleksi sudu-sudu yang diperolehi Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj setiap negeri yang dilawatinya 


Koleksi topi besi pahlawan Jepun  


Kaedah mempamerkan koleksi pedang  Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj


Kumpulan penyelidik bergambar kenangan di bangunan Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz bersama-sama kakitangannya













Thursday 26 September 2013

BENGKEL KULIAH PERPUSTAKAAN DAN PENYELIDIKAN ALAM MELAYU (Z1II 6012) / PORTAL malaycivilization.ukm.my


Bengkel ini telah diadakan pada 22 Jun 2013 di Makmal Latihan, Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang. Bengkel ini telah disertai oleh 15 orang pelajar pasca-siswazah kuliah bimbingan Dato’ Zawiyah Baba, Perpustakaan dan  Penyelidikan Alam Melayu (Z1II 6012). 

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk 
  1. Memperkenalkan kandungan portal yang diselenggarakan oleh Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA).
  2. Membimbing peserta bengkel dengan kaedah pencarian maklumat dalam pangkalan data portal.

Sesi penerangan portal ini telah dibimbing oleh Cik Zuraidah Hassan yang telah memberikan taklimat ringkas mengenai pencarian maklumat di dalam pangkalan data portal malaycivilization.ukm.my. Sesi penerangan ini juga dibantu oleh pegawai penyelidik sosial ATMA, Cik Suhaini Md. Noor dan pembantu penyelidik projek portal malaycivilization.ukm.my, Cik Daeng Haliza Daeng Jamal. Sesi penerangan yang berlangsung selama 30 minit ini meliputi demonstrasi pencarian maklumat menggunakan portal bersama-sama peserta yang telah mendaftar sebagai pengguna portal. Antara penerangan yang diberikan ialah:
                i.            Memperkenalkan kandungan pangkalan data portal kepada peserta
              ii.            Kaedah pencarian maklumat pangkalan data dalam portal

Kuiz portal

Selepas sesi penerangan, bengkel ini diteruskan dengan kuiz yang berlangsung selama 30 minit termasuk sesi menjawab dan penyampaian hadiah. Sebanyak 10 soalan kuiz berkaitan portal perlu dijawab peserta. Pemenang dipilih berdasarkan kutipan markah penuh dan dalam tempoh masa yang paling singkat. Hadiah telah disampaikan oleh Dato’ Zawiyah Baba. Berikut adalah pemenang kuiz ini: 
                    i. Pertama: Nor Azizah Azahari (P65269)
                   ii. Kedua; Nur Hamidah Mamat (P65264)
                  iii. Ketiga: Wan Hakimah Wan Ibrahim (P62260)


Gambar-gambar sepanjang bengkel berlangsung


Dato’ Zawiyah Baba menyampaikan kuliahnya 


Sebahagian peserta bengkel portal


Cik Suhaini membantu peserta mencari maklumat


Cik Zuraidah membantu peserta mencari maklumat


Peserta dibantu dalam mencari maklumat portal


Sesi pengiraan markah kuiz dan penentuan pemenang


Peserta berbincang mengenai pencarian maklumat selepas selesai menjawab soalan kuiz


Cik Suhaini merumuskan soalan dan jawapan kuiz


Dato’ Zawiyah menyampaikan hadiah kepada pemenang tempat pertama, Nor Azizah Azahari


Dato’ Zawiyah menyampaikan hadiah kepada pemenang tempat kedua, Nur Hamidah Mamat


Dato’ Zawiyah menyampaikan hadiah kepada pemenang tempat ketiga Wan Hakimah Wan Ibrahim


Antara yang menerima hadiah saguhati 


Antara yang menerima hadiah saguhati


Peserta bergambar kenangan bersama Dato’ Zawiyah Baba, Cik Suhaini dan pembantu penyelidik.













KAJIAN PENYELIDIKAN DAN PENELITIAN MUZIUM DIRAJA ISTANA SERI MENANTI, KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN

Pada 31 Mei 2013, sepasukan penyelidik daripada Pusat Penyelidikan Manuskrip Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah melakukan kajian penyelidikan dan penelitian di Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Antara tujuan dilakukan penyelidikan ini adalah untuk
  1. Kajian penyelidikan dan penelitian muzium berkenaan
  2. ATMA bercadang untuk mmbina pangkalan data khusus dalam Portal malaycivilization.ukm.my mengenai muzium berkenaan untuk rujukan penyelidik dan masyarakat am.
  3. Lawatan penilaian dan pemerhatian terhadap bangunan muzium dan koleksi di dalamnya
  4. Memberi lebih banyak maklumat mengenai sejarah dan kebudayaan masa lalu yang dapat dilihat daripada segi seni binanya serta kedudukan bangunannya.
  5. Menyimpan rekod senibina Islam Minangkabau
Sejarah dan Latar Belakang Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti

Istana Seri Menanti di Kuala PilahNegeri Sembilan ialah istana yang dirujuk lazimnya dalam konteks ini adalah sebuah binaan atau bangunan lama yang masih utuh, lagi diperbuat daripada kayu yang menjadi kediaman rasmi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sekitar tahun 1908 hingga 1931.
Pelan Istana setinggi empat tingkat asalnya telah direka oleh dua orang tukang Melayu bernama Kahar dan Taib. Tukang Kahar telah dianugerahkan gelaran Dato' Panglima Sutan oleh Tuanku Muhammad kerana khidmat beliau. Pelan istana ini telah diperincikan semula oleh Ketua Pelukis Pelan, Mr. Woodford dari Jabatan Kerja Raya, Seremban dan telah diluluskan pada bulan November 1902 oleh Jurutera Negeri dan Residen British.
Istana ini mempunyai 99 batang tiang termasuk empat batang tiang seri yang panjangnya 67 kaki. Keunikan istana ini ialah tidak menggunakan sebarang paku besi tetapi pakunya diperbuat daripada kayu yang dipanggil pasak.
Atas kesedaran Duli Yang Maha Mulia Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Istana ini dengan rasminya diwartakan sebagai 'Muzium Diraja'. Perasmiannya telah dilakukan pada 14 Julai 1992 bersamaan 14 Muharram 1413 Hijrah. Pengurusan Muzium Diraja adalah di bawah pentadbiran Muzium Negeri, Negeri Sembilan. Muzium ini mempamerkan koleksi-koleksi keluarga Diraja. Setiap ruang telah diisi tanpa mengubah bentuk asal istana bagi menerangkan fungsi ruang-ruang tersebut. Penambahan bahan koleksi Muzium akan dilakukan dari semasa ke semasa dengan kerjasama pihak istana.

Kajian Penyelidikan dan Penelitian Di Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti
  1. Kajian dilakukan dengan lawatan setiap ruang galeri yang tersedia di dalam bangunan Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti
  2. Telah mendapat pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa Bersatu (UNESCO).
  3.  Ruang pameran yang terdapat dalam muzium ini ialah:
                           Balairong Seri
Ruangan ini merupakan tempat takhta kerajaan. Di ruangan ini terdapat dua batang seludang dari Minangkabau yang dipegang oleh pengawal. Ianya juga terdapat 7 mata tangga. Di mata pertama dari atas adalah tempat duduk bagi Dato' Seri Amar Diraja, dihadapannya pula tempat duduk Dato' Raja DiWangsa. Anak tangga yang kedua pula adalah tempat Dato' Dagang dan dihadapannya Dato' Akhir. Di mata ketiga hingga keenam adalah tempat duduk Pegawai Penghulu Luak.
Balai Raja Muda
Di bahagian ini tempat Raja Muda dan isteri duduk melihat ayahanda dan bonda menjalankan upacara. Mereka diapit oleh dua orang pengawal. Ia juga dihadiri oleh kerabat diraja dan juga para undangan. Di bahagian dinding terdapat gambar-gambar berkaitan.
Bilik Beradu
Bilik ini adalah bilik beradu Tuanku bersama Tuanku Ampuan. Dibilik ini terdapat sebuah katil, almari pakaian, almari perhiasan (solek) juga terdapat sebuah meja kecil dan dua buah kerusi. Kesemua pakaian dan perhiasan diri disimpan di dalam bilik ini. Dibahagian dinding terdapat gambar-gambar berkaitan.
Ruang Santapan
Terdapat 1 unit meja yang mempunyai 20 unit kerusi. Di kiri dan kanan ruangan ini terdapat 2 buah almari yang menyimpan beberapa buku rujukan untuk para tetamu. Ruangan ini merupakan tempat para tetamu berbincang juga tempat mereka bersantapan. Di bahagian belakang ruangan  ini terdapat jalan untuk pergi ke belakang dapur. Di sebelah kanan terdapat rak setinggi 3 tingkat. Di bahagian atas rak yang bertutup tempat untuk meletak gulai atau segala jenis lauk pauk. Ruangan ini juga mempunyai hiasan dinding seperti gambar-gambar dan sebagainya.

 Muzium ini penah dilakukan konservasi secara besar-besaran pada tahun 1997 dan kayu asalnya telah ditukar kepada kayu belian dan kayu penak (yang digunakan untuk membuat 4 tiang seri).

Lawatan ke Teratak Za’ba

     Za'ba atau Zainal Abidin bin Ahmad bin Ibrahim bin Hj Ahmad bin Hj Amil telah dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan. Di atas ketokohannya dalam bidang bahasa dan pendidikan, kerajaan telah membina teratak khas di depan tapak asal bagi Pendeta Za’ba di Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan. Teratak Za'ba telah berjaya disiapkan dan telah dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato' Seri Utama Tan Sri Hj. Mohd Isa bin Dato' Hj. Abdul Samad pada 5 Februari 2001. Pusat ini telah memberi pelbagai informasi kepada pasukan penyelidik dan dapat mengenali kehidupan pendeta Za’ba dan melihat beberapa karya yang ditulis oleh beliau. Bahan utama bangunan ini diperbuat daripada Kayu Cengkal (penak) dan reka bentuknya masih bercirikan Rumah Tradisional Negeri Sembilan. Antara ciri-ciri pertukangan Melayu di bangunan ini ialah Tupai-tupai, Tabir Layar, Kisi-kisi, Anjung Serambi, pelantar dan penyambungannya menggunakan tanggam dan pasak.

Pameran yang terdapat di Teratak Za'ba ialah:

Bibliografi
    Ruangan ini diceritakan mengenaai perjalanan hidup Za'ba dengan lebih terperinci mengikut susunan   tahun iaitu dari beliau baru dilahirkan, memasuki alam persekolahan, pekerjaan hinggalah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.
Peribadi
                    Ruang ini memaparkan ruang peribadi dan minat Za'ba dalam bidang penulisan dan seni. Beliau banyak menghasilkan buku-buku bacaan ketika bertugas sebagai penterjemah di pejabat karang-mengarang MPSI, Tanjung Malim. Terdapat contoh mesin taip yang melambangkan kehidupan Za’ba yang selalu menulis dan contoh peti nyanyi yang menunjukkan Za'ba juga meminati seni.
Pakaian
                  Pakaian-pakaian pada zaman Pendeta Za'ba dahulu turut dipamerkan. Dari segi berpakaian, Za'ba merupakan seorang yang ringkas. Beliau lebih memandang kepada keselesaan, tetapi bagi beliau berpakaian mempunyai dua aspek penting. Yang pertama ialah pakaian di kepala dan kedua ialah pakaian di badan. Yang dimaksudkan dengan pakaian di kepala ialah bagi seorang lelaki Melayu ia haruslah memakai songkok apabila memakai baju Melayu, apabila ia hendak sembahyang dan semasa makan. Bagi seorang wanita Islam pula, setiap helai rambut hendaklah ditutup dengan tudung sesuai dengan tuntutan agama. Pakaian pada badan pula ialah pakaian yang dianggap bersopan santun dan melambangkan adat orang timur. Pakaian tersebut pada dasarnya hendaklah menutup aurat sesuai dengan bentuk dan saiz badan. Nyata Za'ba juga gemar mengenakan baju putih ala Inggeris terutamanya pakaian begini memang menjadi pakaian rasmi. Ini menunjukkan bahawa pengaruh Inggeris merupakan satu faktor utama dalam setiap aspek khasnya pakaian.
Sudut Umum
                       Ruangan ini mempamerkan barangan antik dan dijadikan contoh barangan yang digunakan oleh Pendeta Za'ba di mana barang-barang ini adalah barangan antik yang wujud sezaman dengan Za'ba. Antaranya adalah jam dinding, jam tangan berkunci, mesin taip, almari kayu, cermin mata dan tongkat. Semua barang-barang ini masih boleh digunakan sehingga ke hari ini. Almari kayu yang dipertontonkan adalah almari yang digunakan untuk menyimpan buku-buku oleh Za'ba suatu ketika dahulu. Ruangan ini agak terhad namun rekabentuk dalamannya cukup untuk menggambarkan suasana rumah Za'ba pada zaman dahulu.
Perpustakaan
a)     Turut disediakan di ruangan ini adalah bahan-bahan multimedia seperti risalah dan cakera padat mengenai kehidupan, aktiviti penulisan Za'ba dan juga buku-buku mengenai Za'ba.
b)    Di sudut ini pengunjung boleh menggunakan kiosk untuk melihat maklumat-maklumat mengenai Za'ba dan melalui VCD yang dihasilkan.
c)      Terdapat buku-buku ditulis oleh beliau dan mengenainya dipamerkan.
d)     Antara buku-buku yang boleh diperolehi adalah Gema Serunai Hati 6 dan Pengkisahan Sejarah Za'ba.
e)      Manakala VCD yang dihasilkan adalah Permata Di Bumi Perpatih dan Bahasa dan Sastera.


Gambar-gambar semasa lawatan


MUZIUM DIRAJA ISTANA LAMA SERI MENANTI

PANDANGAN HADAPAN


LANSKAP HADAPAN ISTANA


GAMBAR LUKISAN TAPAK TANAH


GAMBAR LUKISAN ISTANA DI ATAS TANAH


RUANG SERAMBI TENGAH ISTANA


BALAI RAJA MUDA


RUANG SANTAPAN


MOTIF UKIRAN SEKITAR ISTANA


MOTIF UKIRAN SEKITAR ISTANA


PENYELIDIK MEMERHATIKAN TEKS PAMERAN


DATO ZAWIYAH BABA SEDANG BERTANYA KEPADA PUAN ROSRITA MOHAMAD NORDIN


TERATAK ZA'BA


PANDANGAN HADAPAN TERATAK ZA'BA


SONGKOK DIPEROLEHI KETIKA MENDAPAT ANUGERAH DAN GELARAN PENDETA