Wednesday 27 March 2013

MISI & VISI ATMA


MISI
 ATMA bertekad untuk menjadi sebuah institusi terulung yang menjadi pelopor inovasi dalam pembinaan ilmu pengetahuan tentang Alam dan Tamadun Melayu bagi mencapai aspirasi membentuk sebuah masyarakat bertamadun yang dinamik, berakhlak, berilmu, berkepimpinan dan berminda global.


VISI
 Menjadi institut terpilih yang memartabatkan bahasa dan  tamadun Melayu serta mensejagatkan ilmu ketamadunan yang beracuan budaya kebangsaan berteraskan budaya Melayu.
ATMA, UKM  sedang membina portal www.malaycivilization.ukm.my dengan menggunakan geran penyelidikan sebanyak RM504,760.00 daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar di bawah skim Demonstrator Application Grant Scheme (DAGS), ), melalui MIMOS, NITC. Projek ini, serta pangkalan data lain – termasuk:

(a) Artikel Individu tentang Pengajian Persuratan Melayu,
(b) Perumpamaan Melayu,
(c) Pantun dan Syair oleh keturunan Baba dan Nyonya Malaysia.

Kesemua pengkalan data ini  sudah boleh dilayari di http://www.atma.ukm.my, dan pangkalan data lain yang masih dalam pembinaan.  Projek portal ini  akan membawa ATMA selangkah untuk ke hadapan dalam usaha melebarkan dan mendalami lagi penyelidikan dalam pengajian dunia Melayu yang merupakan bidang penyelidikan utama institut ini. Usaha hemat ATMA ke arah memperkasakan penyelidikan dalam pengajian dunia Melayu adalah setaraf dengan penyelidikan yang dijalankan oleh institut penyelidikan sepenuhnya seperti KITLV (Leiden), School of Oriental and African Studies (London), ISEAS (Singapura) dan CSEAS (Kyoto). Portal ini  juga akan  menolong ATMA menjadi hab bagi sumber peradaban tamadun Melayu bertaraf dunia dengan menyediakan laluan mudah dan pantas bagi bahan yang diperlukan dalam bentuk digital kepada pengguna global. Pembaca di serata dunia boleh mencari, melayari, dan memuat turun. Setelah mendapat kebenaran, pembaca boleh  mencetak bahan individu atau koleksi yang dipilih melalui Internet, teknologi canggih yang digunakan oleh penyelidik dan sarjana bagi mendapatkan dan bertukar maklumat.

Institut Alam &Tamadun Melayu (ATMA)






Institut Dunia dan Tamadun Melayu
Institut Dunia dan Tamadun Melayu atau ATMA yang diasaskan 28 tahun dahulu ialah satu-satunya institut penyelidikan akademik sepenuhnya di Malaysia yang hanya tertumpu pada pengajian ‘Dunia Melayu’, satu rangkaian maritim dan sungai Asia Tenggara yang luas terbentang, dengan itu membentuk komponen utama Pengajian Asia Tenggara. Aktiviti penyelidikan dilakukan dengan menggunakan tiga orientasi akademik universal utama, iaitu ‘menurut bidang’ (sosiologi, ekonomi, sejarah, dll.), ‘tematik’ (kajian perkembangan, kajian komunikasi, kajian gender, dll.), dan ‘pengajian serantau’ (Pengajian Melayu, Pengajian China, Pengajian Eropah, dll.).

Dari segi pentadbiran, ATMA terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu ‘Penyelidikan dan Pascaijazah’, ‘Pendokumenan dan Penerbitan’, dan ‘Pembangunan Kemahiran’ (Bahasa Melayu dan Teknologi Maklumat), setiap satu menjalankan aktiviti sendiri namun sentiasa saling melengkapi. ATMA menawarkan fellowship dan juga mengalu-alukan fellow yang ditaja menghabiskan masa di Institut itu, yang menawarkan pelbagai kemudahan kesetiausahaan dan teknikal bagi fellow serta penuntut pascaijazah. Ia juga mempunyai perpustakaan penyelidikan sendiri dan koleksi khas yang mengandungi Koleksi Asia Tenggara dan pegangan lain di perpustakaan utamanya .
Penyelidikan dan Aktiviti Berkaitan
Penyelidikan ialah aktiviti teras Institut dan aktiviti lain dibentuk dan diwujudkan di sekelilingnya. Lima bidang utama berkaitan dunia Melayu yang menjadi keutamaan Institut ialah:
1. Pembentukan teori
2. Bahasa
3. Sastera
4. Budaya
5. Pendidikan

Seorang sarjana kanan ditentukan sebagai ‘sarjana utama’ merangkap penyelaras bagi setiap bidang dan untuk semua penyelidikan dan aktiviti berkaitan, termasuk dana penyelidikan kanan.

ATMA juga mengendalikan kursus jangka pendek dan lanjutan bahasa Melayu bagi pelajar baru dan lanjutan, terutamanya bagi pelajar pascaijazah yang bercadang untuk melakukan penyelidikan dan kerja lapangan dalam dunia Melayu. Institut ini juga menerbitkan buku dan jurnal dalam bentuk cetakan tradisional serta bentuk digital elektronik. Ia sering menganjurkan seminar dan persidangan bagi ahli akademik dan orang awam.
Boleh lawati:

KAJIAN-KAJIAN YANG DILAKUKAN DI ATMA



Sebagai sebuah pusat penyelidikan sejagat, ATMA tertumpu khusus pada pengajian dunia Melayu. Misi utama ATMA ialah menerajui penemuan baru dalam bidang ini. ATMA juga terlibat dalam penyelidikan pelbagai bidang bagi menggalakkan penglibatan lebih ramai ahli akademik dari fakulti dan institusi lain. Sehingga kini, ATMA telah menubuhkan beberapa kumpulan penyelidikan kecil berasaskan pelbagai bidang:
  1. Konsep ruang Melayu
  2. Matematik dalam kehidupan orang Melayu
  3. Biografi Tun Abdul Razak (Nov. 1996 – Nov. 1999)
  4. Keluarga Melayu di luar Malaysia
  5. Nilai-nilai orang Melayu
  6. Teknologi dan orang Melayu
  7. Nilai kekeluargaan Melayu
  8. Orang Melayu dan dunia
  9. Kesihatan dan perubatan
  10. Bahasa borneo barat
  11. Isu wanita
  12. Keluarga teraniaya dan keluarga porak-peranda (Julai 1998 – Jun 1999)
  13. Pakaian wanita Melayu (Ogos 1994 – Julai 1999)
  14. Transkripsi, penyuntingan dan analisis Hikayat Shamsul Anuar oleh Raja Aishah Sulaiman (Jun 1998 – Jun 1999)
  15. Pendokumenan kajian Melayu berasaskan penyelidikan (2001 – 2002)
  16. Multimedia perumpamaan Melayu (2000 – 2001)
  17. Puisi Melayu dan Cina dari Indonesia dan Malaysia (2000 – 2001)
  18. Perkembangan kapasiti Melayu dalam era globalisasi (2001 – 2002)

Friday 22 March 2013

PANGKALAN DATA DALAM PORTAL



ADAT PERPATIH



KARYA JAWI
(JAWI WORKS)


KOLEKSI KHAS N.A. HALIM
(SPECIAL N. A. HALIM COLLECTION)

PANGKALAN DATA ATMA (PADAT)



KAMUS MELAYU
(MALAY DICTIONARIES)

Portal Malaycivilization



ATMA, nama ringkas bagi Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), menggalakkan penyelidikan multi-disiplin mengenai Alam Melayu. Sehingga kini, bahan-bahan penulisan dan penerbitan mengenai pengajian Dunia Melayu itu terdapat dalam kepelbagaian bentuk dan displin Dengan korpus ilmu seumpama itu semakin berkembang dan menjadi aneka ragam, timbullah cabaran menyediakan sistem pencarian maklumat yang tangkas dan efisyen untuk memenuhi kehendak dan keperluan penyelidik dan sarjana di bidang pengajian Dunia Melayu. Portal ini dibina untuk memperluaskan dan memperdalami pengajian Dunia Melayu.

    Fungsi pencarian yang bersifat kendiri diberikan. Semua hasil pencarian boleh dicetak Anda adalah dijemput mendaftarkan diri sebagai ahli untuk menggunakan kesemua pangkalan yang berikut dengan klik pada butang “New Member”, “Registration” dan mengisi borang yang telah disediakan. Sila ingat ID dan kata laluan anda sendiri.

Pembinaan dan pembangunan portal ini oleh Institut Alam dan Tamadan Melayu(ATMA), UKM pada tahun 2002 -2004 dan seterusnya transformasi dan perluasan portal malaycivilization.ukm.my ini mulai January 2009 hingga Disember 2010 di biyai oleh Kementerian Sains, Tecknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Dana DAGS (Skim Geran Aplikasi Penunjukcara).


ATMA, acronym for Institute of the Malay World and Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), promotes multi-disciplinary research on the Malay world. To-date, writings, published and unpublished, on Malay World Studies are scattered in various forms and under a number of different fields of studies and disciplines. As the corpus of such knowledge increases and becomes more varied, one major challenge is to provide a fast and efficient information retrieval system to fulfill the needs and requirements of researchers and scholars in Malay World Studies. This portal is set up to broaden and deepen research on the Malay world studies.
    Self-explanatory searching functions are provided. All search results can be printed. You are warmly invited to register as a member to make use of the following databases by clicking on “New Member”, “Registration” buttons and filling in the registration form provided. Please remember your own ID and Password. The following are the databases in the portal and brief notes on their content. This portal may now be accessed on URL malaycivilization.ukm.my.
The construction and development of this portal by the Institute of the Malay World and Civilization(ATMA), UKM in 2002-2004 and its subsequent transformation for Roll-out of the malaycivilization.uk.my portal from January 2009 to December 2010 is funded by the Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI) through the DAGS (Demonstrator Application Grant Scheme) fund.