Sunday 23 June 2013


LAWATAN LEMBAGA PENGARAH UKM (LPU) KE ATMA

Pengerusi Lembaga Pengurusan Universiti (LPU) telah melakukan lawatan ke Institut Alam dan Tamadun Melayu pada 21 Mac 2013. Antara ahli lembaga pengarah yang hadir dalam lawatan ini adalah 

  1. Prof Dato' Dr. Mohd Zawawi Ismail, Pengerusi LPU
  2. Dato' Dr. Amran Kasimin

Dato' Zawiyah diminta untuk membentangkan mengenai kemajuan projek COE berpotensi ATMA berkaitan dengan portal Malaycivilization.ukm.my. Pembentangan meliputi 2 bahagian iaitu Projek Pendigitilan Tokoh Pemikiran Alam Melayu dan penambahan bahan sains & teknologi dalam portal malaycivilization.ukm.my serta Pusat Penyelidikan Manuskrip.

Panel mencadangkan tokoh-tokoh sains dan teknologi iaitu Prof Dr. Khalijah Salleh dan Prof Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar. Terdapat kriteria yang dinyatakan di dalam pemilihan tokoh untuk portal malaycivilization.ukm.my iaitu yang memberi banyak sumbangan dan faktor pemilihan bukan disebabkan faktor peribadi. Walau bagaimanapun pengerusi tuut bertanyakan pendapat Prof. Emeritus Dato' Dr. Nik Suhaimi Nik Hassan dan beliau bersetuju dengan tokoh-tokoh yang telah dipilih.

Selain itu, terdapat cadangan penyerahan portal malaycivilization.ukm.my kepada Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL) bagi memastikan penyelenggaraan dan pembangunan portal yang lebih terjamin



Para tetamu bergambar sebelum mendengar taklimat lanjut mengenai ATMA
(Dari kiri : Dr Amran Kasimin, Prof Dr. Abdul Latiff Samian, Prof Dr. Idris Aman)

LAWATAN DARIPADA PANEL PENILAI COE BERPOTENSI TINGGI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Pada 6 Mac 2013, panel COE KPT telah melakukan lawatan ke ATMA untuk memantau perjalanan projek yang dibiyainya. Setiap wakil daripada ATMA membentangkan hasil daripada kajian yang dilakukan oleh mereka. Bagi portal malaycivilization.ukm, pembentangan dilakukan oleh Dato' Zawiyah sebagai ketua projek portal berkenaan. 

Bagi portal, terdapat beberapa penambahbaikan yang diutarakan oleh pihak panel penilai bagi memfokuskan portal kepada pembangunan sains dan teknologi dalam alam melayu. 


Para panel penilai bersama wakil ATMA


Perbincangan antara panel penilai dan wakil ATMA

Monday 3 June 2013


LAPORAN
MAJLIS PENYERAHAN PENYELENGGARAAN KOLEKSI PANGKALAN DATA ATMA (PADAT) KEPADA PERPUSTAKAAN ATMA


Penyerahan penyelenggaraan  koleksi bercetak artikel dan bahan  dalam Pangkalan Data ATMA (PADAT) kepada Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu (PATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia adalah bertujuan memastikan pengurusan penyelenggaraan dan perkhidmatan yang lebih tersusun dan sistematik.

ISU DAN MASALAH PADAT


  1. Penyelenggaraan dan penyediaan perkhidmatan rujukan dan salinan koleksi PADAT menimbulkan masalah bagi ATMA tanpa kakitangan khusus bagi menjalankan tugas ini
  2.  Memandangkan koleksi PADAT semakin bertambah, isu penyelenggaraan koleksi semakin ketara.
  3. Penggunaan koleksi oleh penyelidik kadang kala tidak dipantau dan kadang kala menyebabkan kehilangan bahan koleksi PADAT.
  4. Pewujudan sistem  penyelenggaraan koleksi, perkhidmatan rujukan dan salinan merupakan tugas-tugas perpustakaan.
  5. Perpustakaan ATMA (PATMA) mempunyai kemahiran dan kepakaran serta lebih sesuai mengambil alih tugas mengendalikan dan memantau penggunaan koleksi PADAT.