Monday 3 June 2013


LAPORAN
MAJLIS PENYERAHAN PENYELENGGARAAN KOLEKSI PANGKALAN DATA ATMA (PADAT) KEPADA PERPUSTAKAAN ATMA


Penyerahan penyelenggaraan  koleksi bercetak artikel dan bahan  dalam Pangkalan Data ATMA (PADAT) kepada Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu (PATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia adalah bertujuan memastikan pengurusan penyelenggaraan dan perkhidmatan yang lebih tersusun dan sistematik.

ISU DAN MASALAH PADAT


  1. Penyelenggaraan dan penyediaan perkhidmatan rujukan dan salinan koleksi PADAT menimbulkan masalah bagi ATMA tanpa kakitangan khusus bagi menjalankan tugas ini
  2.  Memandangkan koleksi PADAT semakin bertambah, isu penyelenggaraan koleksi semakin ketara.
  3. Penggunaan koleksi oleh penyelidik kadang kala tidak dipantau dan kadang kala menyebabkan kehilangan bahan koleksi PADAT.
  4. Pewujudan sistem  penyelenggaraan koleksi, perkhidmatan rujukan dan salinan merupakan tugas-tugas perpustakaan.
  5. Perpustakaan ATMA (PATMA) mempunyai kemahiran dan kepakaran serta lebih sesuai mengambil alih tugas mengendalikan dan memantau penggunaan koleksi PADAT.

PANGKALAN DATA ATMA (PADAT)

    PADAT adalah sebuah pangkalan data bibliografi yang dibina oleh ATMA mulai tahun 1999 bertujuan mengumpulkan sumber maklumat pengajian Melayu bagi memudahkan capaian dan rujukan untuk penyelidikan. Portal ini dibina oleh ATMA pada tahun 2003 dengan bantuan dana DAGS (Demonstrator Application Grants Scheme) Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. Portal ini merupakan langkah berani dan inovasi kerana buat pertama kalinya menyediakan akses kepada pelbagai sumber maklumat pengajian Melayu dalam bentuk pangkalan data digital dengan mudah dan cepat melalui internet.

   Dalam projek penambahbaikan portal di bawah projek Roll-out malaycivilization.ukm.my, (2008-2012) pangkalan  data PADAT telah disemak dan ditambah kandungannya. Kini jumlah entri dalam pangkalan data PADAT serta salinan teks penuh berjumlah 53,442 item dan semakin bertambah. Penambahan kandungan pangkalan data PADAT kini masih diteruskan dalam bidang sains dan teknologi dan Islam di Alam Melayu. Pemikiran Tokoh Alam Melayu dan Busana Melayu sedang dalam perancangan. Di samping itu, setiap entri pangkalan data bibliografi PADAT, disediakan teks penuh dalam bentuk bercetak untuk rujukan penyelidik. Koleksi teks penuh setiap entri PADAT diberi nombor turutan dan dijilid serta disimpan dalam bilik khas untuk rujukan. Penyelidik dibenarkan membuat rujukan dan salinan fotokopi artikel disediakan atas permintaan. Usaha menyediakan kemudahan pesanan salinan artikel secara online pernah dirancang bersama pihak Bendahari  UKM akan tetapi belum dapat dilaksanakan.

     Dalam urusan ubahsuai tingkat 4 bangunan ATMA yang selesai pada bulan April/Mei 2012, bilik simpanan koleksi PADAT telah dipindahkan dari Tingkat 4 kepada tingkat bawah bangunan  ATMA.

     Panel COE Berpotensi Tinggi Kementerian Pendidikan Tinggi dalam lawatan pemantauan ke ATMA pada 30 April 2012, telah mencadangkan agar kandungan portal malaycivilization.ukm.my lebih mencerminkan kandungan sains dan teknologi di alam Melayu. Sebagai permulaan usaha akan dibuat untuk menambah kandungan sains dan teknologi alam Melayu dalam koleksi PADAT bermula dengan kertas kerja persidangan SALAM 1, koleksi rujukan perubatan tradisional Melayu dan arkeologi alam Melayu.

    Bentuk bahan yang dimuatkan dalam koleksi PADAT terdiri daripada artikel jurnal, kertas kerja seminar, persidangan dan lain-lain. 

      Bidang kajian yang terdapat dalam pangkalan data ini termasuk:

                          i.           Konsep ruang Melayu
                         ii.           Matematik dalam kehidupan orang Melayu
                        iii.           Adat dan budaya Melayu
                        iv.           Orang Melayu dan dunia
                         v.           Biografi
                        vi.           Kesihatan dan perubatan
                       vii.           Bahasa Borneo barat
                      viii.           Pakaian wanita Melayu
                        ix.           Puisi Melayu
                         x.           Arkeologi
                        xi.           Islam dan Tamadun Melayu
                       xii.           Sains dan Teknologi Melayu
                      xiii.           Pemakanan
                      xiv.           Sosial-budaya

   5 buah artikel yang diambil dari koleksi PADAT telah dipilih untuk menandakan penyerahan koleksi tersebut. Tajuk artikel-artikel tersebut adalah seperti berikut :

         i.    Nik Safiah Haji Karim. 1993. Bahasa Melayu menjelang abad ke-21. Kertas kerja kongres Bahasa, sastera dan budaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

         ii.     Asmah Hj. Omar. 1986. Dialek Kedah: Perkaitannya dengan dialek-dialek lain dan peranannya dalam pembinaan bahasan dan budaya bangsa. Intisari Kebudayaan Melayu Kedah: kumpulan rencana mengenai kebudayaan negeri Kedah. Alor Star: Majlis Kebudayaan Negeri Kedah.

        iii.    Siti Zuraini Abd. Majid. 1995. Kota Tampan, Perak: Penentuan sebagai tapak bengkel kerja Paleolitik pada akhir zaman Plestosin. Dalam Ismail Hussien, A. Aziz Deraman & Abd Rahman al-Ahmadi (editor). Tamadun Melayu jilid 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

    iv.  Othman Yatim. 1995. Batu Aceh: Peranan dan sumbangannya dalam sejarah dan kebudayaan Melayu. Dalam Ismail Hussien, A. Aziz Deraman & Abd Rahman al-Ahmadi (editor). Tamadun Melayu jilid 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

        v.     Ulrich Kratz. 1995. Francis Light dan surat-suratnya. Dalam Ismail Hussien, A. Aziz Deraman & Abd Rahman al-Ahmadi (editor). Tamadun Melayu jilid 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Tetamu utama majlis penyerahan penyelenggaraan koleksi Pangkalan Data ATMA (PADAT) kepada PATMA

       i.     Prof. Dr. Abdul Latif Samian
        Pengarah ATMA

      ii.     Tuan Haji Abu Bakar Maidin
        Ketua Pustakawan PTSL

     iii.     Dato’ Zawiyah Baba
          Ketua projek/Felo Penyelidik Utama ATMA/ Ketua Projek

     iv.     Prof. Dr. Ding Choo Ming
          Felo Penyelidik Utama ATMA/ Penyelaras Kandungan     
          Portal

      v.     Puan Aripah Mohamed
          Ketua Perpustakaan ATMA/ Penyelaras Pembangunan     
          Komuniti Portal


 Tangungjawab ATMA dan PATMA


  i.    ATMA menyerahkan tugas pengurusan koleksi PADAT kepada perpustakaan ATMA dan      
      Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL).   

ii.    Pengauditan koleksi akan dijalankan bersama antara PATMA dan ATMA bagi memastikan kesempurnaan  kelengkapan dan penyusunan koleksi.   
  
iii.   ATMA akan terus bertanggungjawab tentang pembangunan kandungan serta penambahan koleksi PADAT melalui projek penyelidikan yang akan dijalankan berterusan.  

iv.  Pembangunan komuniti pengguna PADAT juga  dijalankan secara kolaborasi ATMA dan Perpustakaan melalui bengkel, kursus induksi perpustakaan, laman web, menyediakan brosyur dan lain-lain. 

GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG MAJLIS BERLANGSUNG


Kedatangan para tetamu jemputan 


Prof. Abdul Latif Samian diiringi Dato’ Zawiyah Baba bersalaman dengan para tetamu


Barisan hadapan para tetamu utama jemputan


Ketika majlis berlangsung


Prof. Dr. Abdul Latif Samian sedang menyampai kata alu-aluan


Cik Daeng Haliza Daeng Jamal sedang membentangkan mengenai pengenalan PADAT


Ybhg. Tuan Haji Abu Bakar sedang menyampaikan sepatah dua kata


Simbolik penyerahan PADAT dari ATMA kepada PATMA


Sedang dalam perjalanan ke Bilik PADAT


Diskusi mengenai bilik PADAT


Prof. Dr. Ding Choo Ming sedang menerangkan tentang koleksi PADAT kepada para tetamu utama


Perbincangan antara tetamu utama


Sesi bergambar antara ahli jawatankuasa bersama tetamu utama 


Pintu masuk utama bilik PADAT


Pintu kedua bilik PADAT


Rak kompaktus yang terdapat di dalam bilik PADAT


Bentuk rak artikel yang terdapat di dalam bilik PADAT















No comments:

Post a Comment