Tuesday 30 July 2013

Wednesday 24 July 2013

SARI ONLINE

SARI Online


ATMA sudah mula menerbitkan jurnalnya, Sari pada tahun 1987. Mulai tahun 2007, pangkalan data Sari Online sudah dibangunkan dengan mendigitasikan Sari dalam bentuk cetakan. Langkah itu adalah untuk memperkembangkan isi kandungan Portal ATMA, selain untuk meningkatkan lagi daya penglihatan (visibility) jurnal Sari yang sudahpun mendapat perhatian sarjana antarabangsa. Selain itu, portal ini jug dapat memenuhi kehendak pembaca yang gemar mencapai sebarang maklumat secara digital walau di mana sahaja. Sehubungan itu, Sari Online juga boleh dicapai di laman web ATMA di www.malaycivilization.ukm.my

Antara muka depan Sari :








SEJUTA PANTUN

Sejuta Pantun

Pangkalan pantun ini adalah pangkalan data yang keempat dibangunkan selepas pangkalan data peribahasa dan pangkalan data pantun baba. Pangkalan data ini dibangunkan atas pertimbangan kekayaan isinya, keindahan bahasanya dan juga kepopularan penyebarannya.  Sebahagian besar daripada 47,818 entri pantun dalam pangkalan data ini dipetik daripada buku dan majalah dengan hanya sebilangan kecilnya dipetik daripada rakaman kami di kerja lapangan di Malaysia dan Indonesia. Kebanyakan pantun dalam pangkalan data ini adalah pantun empat kerat, namun terdapat juga pantun dua kerat, enam kerat, lapan kerat dan lain-lain, selain pantun berkait. Nilai pangkalan data ini terletak juga pada kebolehan komputer menyenaraikan semua pantun yang mepunyai kata kunci yang ingin dicari. Dengan adanya pangkalan data ini, pengguna boleh mencari pantun yang berkaitan dengan “nikah kahwin”, “bunga”, ‘Cina”, “Melayu”, “Jawa” dan lain-lain dengan mudah dan cepat. Setiap entri juga ditunjukkan sumbernya.

Pantun dan juga video berkaitan dengan pantun dapat dilihat menerusi portal rasmi disini

PANTUN BABA

Pantun Baba

Pangkalan data pantun baba ini dibangunkan bukan sahaja untuk memantapkan Portal ATMA, tetapi juga untuk menunjukkan kesetiakawanan antara orang Melayu dengan keturunan Cina, terutamanya baba nyonya di Negeri-Negeri Selat: Melaka, Pulau Pinang dan Singapura. Istilah pantun dalam pangkalan data ini adalah juga istilah generik, kerana kepada baba, pantun bukan sekadar pantun, tetapi juga meliputi syair, gurindam, seloka, malahan dondang sayang. Sebanyak 586 entri yang dimasukkan ke dalam pangkalan data ini adalah dipetik daripada buku dan akhbar yang diterbitkan baba di Melaka, Pulau Pinang dan  Singapura dari 1889 hingga 1940an. Setiap entri sudah dinyatakan sumbernya. Sebagai makluman,  bahasa yang digunakan adalah bahasa dalam teks asal, oleh itu terdapat kecelaruan dari segi ejaannya. 

Pantun Baba yang selanjutnya boleh dilihat menerusi portal disini

KOLEKSI KHAS N.A HALIM

RISALAH ACARA/ EVENT BROCHURE

Boleh dirujuk dan dilihat menerusi portal

MAJLIS PENYERAHAN DAN PAMERAN KOLEKSI N.A HALIM


KOLEKSI KHAS N.A HALIM

GLOSARI



No
Title
Description in Malay
1
Adat
- Nil -
2
Alang
- Nil -
3
Alang Buang
Kayu panjang yang letaknya selari dengan alang pendek, biasanya terdapat pada rumah Melayu tradisi bumbung panjang. Alang buang and alang pendek berfungsi sebagai pengalas lantai ambin atau para alang buang.
4
Alang Muda
- Nil -
5
Alang Panjang
Kayu panjang pemisah perenggan bumbung dengan perenggan dinding. Pada rumah Kutai Perak biasanya pada hujung alang panjang dipasang ragam hias yang dipanggil lebah bergantung.
6
Alang Pendek
Kayu panjang yang letaknya melintang di kaki tebar layar (tubing layar), disebut juga alang lintang.
7
Alang Pintu
Kayu yang berukuran kira-kira 60-90 cm, terletak atas kepala pintu, berfungsi sebagai bingkai pada ukiran jika sekiranya ukiran dipasang di situ.
8
Alang Tingkap
Kayu berukuran kira-kira 50-70 cm, terletak atas kepala tingkap, berfungsi sebagai bingkai dinding.
9
Alas Kaki Tiang
Pengalas atau lapik yang dipasang di kaki tiang, sama ada dibuat daripada kayu, simen, konkrit ataupun batu. Dikenali sebagai asas tiang atau alas tiang.

Koleksi Khas N. A Halim

PENGENALAN

N. A. Halim dilahirkan pada 17 Mac 1938, di Lenggong , Perak, dan meninggal dunia di Hospital Besar Kajang pada 25 Oktober 1999.Dia meninggalkan kampungnya menuju ke persekitaran yang asing di Kuala Lumpur dengan berbekalkan sekeping sijil Darjah 7 dari sebuah sekolah Melayu. Dia melakukan kerja rencam: bermula sebagai pelukis gambar dan potret di jalanan, kemudian sebagai juruelektrik dan juga seorang tukang masak. Bakat melukisnya dikesan oleh Allahyarham Mubin Sheppard (1905 - 1994), yang mengambilnya bekerja di Muzium Negara sebagai pengumpul dan pekerja lapangan. Begitulah bermulanya kerjayanya yang menguja di muzium sebagai pelukis diorama pada tahun 1963. Dengan galakkan daripada Sheppard dan suasana yang sesuai bagi memupuk bakat serta kemahiran melukis dan mengumpul sampel hidupan liar, dia berasa sungguh bertenaga dan penuh dengan idea. Dia mengumpul sampel batu karang, ikan dan lain-lain organisma hidupan laut bagi membuat Diorama Lautan, dan harimau, harimau bintang, beruang serta lain-lain haiwan bagi menyiapkan Diorama Hutan untuk Muzium Negara. Dia mula menganggap dirinya sebagai penyelidik selepas menghadiri sebuah kursus sejarah lisan pada tahun 1975 di Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur, dan beberapa kursus lain dalam arkeologi seni bina, fotografi udara dan lukisan teknikal di pelbagai institut vokasional di Indonesia. Berbekalkan pendidikan dan latihan tersebut serta bakat dan kemahiran yang semula jadi, dia menjalani kehidupan yang berwarna-warni dan menguja dengan mengembara, menulis, mengambil gambar foto, mendraf dan mengumpul artifak Melayu. Dia telahmenulis banyak artikel tentang subjek kegemarannya iaitu seni bina tradisional, sejarah, budaya, dan hidupan liar Melayu. Antara babak yang menarik dalam hidupnya ialah tugasan yang berikut:
    1. Pada tahun 1968, dia dipinjamkan kepada Zoologi Geneva dan ditugaskan untuk menangkap 2,000 ular yang berbeza dari seluruh Malaysia.
    2. Pada tahun 1973, dia telah dilantik sebagai perunding seni bina tradisional ASEAN oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia.
    3. Pada tahun 1979, dia dipinjamkan kepada Muzium Brunei bagi memberikan kursus kepada kakitangan muzium itu.

Tuesday 23 July 2013

Istana Seri Menanti






Resipi Bahulu



Resipi Bahulu

Bahan-bahan :


  1. 30 Biji telur ayam/ itik.
  2. 2 Mangkuk gula pasir.
  3. 2 Mangkuk tepung gandum.
  4. Minyak masak secukupnya.
  5. Acuan bahulu.
  6. Sabut kelapa kering.
  7. Beberapa helai daun pandan yang telah disiat-siat dan disimpulkan
Cara-cara :


  1. Pukul telur dan gula hingga kembang. (dipukul dengan pemukul spiring).
  2. Setelah berwarna putih dan kembang keluarkan sedikit dan masukkan tepung sedikit demi sedikit mengikut adunan. Kacau hingga sebati.
  3. Panaskan acuan bahulu di atas takungan yang berisi pasir.
  4. Acuan disapu minyak masak menggunakan daun pandan.
  5. Setelah acuan cukup panas masukkan adunan dan tutup dengan penutupnya yang diletakkan bara sabut kelapa diatasnya.
  6. Setelah kuning diangkat dan disejukkan.

Resipi Badak Berendam


Resipi Badak Berendam
Bahan-bahan untuk Inti Kelapa :
  1. Sebiji kelapa parut (putih sahaja)
  2. 1 cawan gula merah
  3. 1 cawan air
  4. 3 sudu besar gula pasir (secukup manis)
  5. 2 helai daun pandan disimpul
  6. 1 sudu kecil garam
Cara-cara untuk buat Inti Kelapa :
  1. Gula merah daimasak bersama-sama dengan air. Bila mendidih. Tutup api dan ketepikan.
  2. Sediakan kuali, masukkan kelapa parut, gula, daun pandan, garam dan gula merah yang telah dimasak tadi. Gaul sebati semua bahan-bahan, masak sehingga kering dan berkilat.
  3. Sejukkan dan bulat-bulat inti kelapa dengan cara menggenggamnya dengan kuat dan padat 

Resipi Abok-Abok


Resipi Abok-Abok

Bahan-bahan :
  1. 3 Mangkuk sagu mata ikan
  2. 1 Mangkuk kelapa putih Parut
  3. 1 Mangkuk gula enau yang telah dihiris
  4. Daun pisang secukupnya (dilayur atas api)
  5. Lidi kelapa
  6. Sedikit garam
Cara-cara :
  1. Sagu ditampi (bersih) dan basahkan sedikit dengan air
  2. Gaulkan dengan kelapa yang telah dibubuh garam
  3. Daun pisang yang telah dibentuk kun dan dimasukkan setengah sudu sagu ke dalam kelongsong daun diikuti dengan gula enau dan ditutup semula degan setengah sudu sagu
  4. Disemat atas daun dengan lidi
  5. Kukus sehingga masak
  6. Sedia dihidang

Monday 22 July 2013

PANTUN ASMA AL-HUSNA


PANTUN Al-ASMA AL-HUSNA

Banyak makhluk hidup  melata
Baik siang maupun malam
Siapa nama Tuhan kita
Allah Tuhan sekelian alam


Baik di gunung atau di lurah
Seluruh tenaga kita kerah
Kepada Tuhan kita berserah
Allah al-Rahman Maha Pemurah


Ke Barat ke Timur kita menayang
Ibarat mengukur bayang-bayang
Sesama Muslim kita sayang
Allah al-Rahim Maha Penyayang

Tanam-tanaman perlu dibajai
Manusia  baik makhluk sukai
Alam buana tidak dipujai
Allah al-Malik Maha Merajai

Alam ini sangat terperinci
Perangai jahat kita benci
Akhlaq  mulia tidak mencaci
Allah al-Quddus Maha Suci

But baik disemua tempat
Segala makhluk ada penamat
Niat yang baik perlu disemat
Allah al-Salam Maha Penyelamat

Alam ini seperti halaman
Sesama Muslim perlu  bersalaman
Dunia ini sebuah taman
Allah al-Mukmin Maha Pengaman

Setiap ibu anak kandung
Amalan jahat perlu dibendung
Yang baik jangan diselindung
Allah al-Muhaimin Maha Pelindung

Ada makhluk bertubuh sasa
Tapi tidaklah punya kuasa
Walaupun banyak racun berbisa
 Allah al-Aziz  Maha Perkasa

Ada masanya kita terpaksa
Sebaik-baiknya kita berjasa
Tiada siapa suka disiksa
Allah al-Jabbar Maha Memaksa

Sesama Muslim jangan berkasar
Nanti amalan akan tersasar
Walaupun semangat sudah dibakar
Allah al-Mutakabbir Maha Besar

Ada yang sangat suka bercerita
Tidaklah habis berkata-kata
Ada hodoh ada jelita
Allah al-Khaliq Maha Pencipta

Sewaktu perang musuh dicincang
Bukan masa untuk berbincang
Kalau bercakap janganlah lancang
Allah al-Barik Maha Perancang  

Semua orang mempunyai datuk
Usia tua mula batuk-batuk
Ada yang lurus ada yang melentuk
Allah al-Musawwir Maha Membentuk


Ada tanaman yang berumpun
Tumbuh dihutan tumbuh dikebun
Sebarang dosa sebesar mana pun
Allah al-Ghafur sangat Maha Pengampun

Banyak  kejadian kita bagaikan
Ada makhluk kita besarkan
Hanya Tuhan kita sembahkan
Allah al-Qahhar Maha Menundukkan

Supaya wajah berseri-seri
Kepada Allah kita syukuri
Rezeki yang diberi tidak terperi
Allah al-Wahhab Maha Pemberi

Alam ini berteka-teki
Ada wanita ada lelaki
Ada yang cukup ada yang berbaki
Allah al-Razzaq Maha Pemberi Rezeki

Sebagai muslim tidak berduka
Menyembah Tuhan kita suka
Hanya yang jahat yang berpuaka
Allah al-Fattah Maha Pembuka

Pada yang alim kita  cemburui
Pada yang zuhud kita sukai
Pada yang rajin kita akui
Allah  al-Alim Maha Mengetahui

Sesama mukmin jangan menyakiti
Agar hidup lebih diberkati
Kepada ibubapa kita berbakti
Allah al-Qabid Maha Menyempiti

Sesama Muslim  jangan membelakangi
Sesungguhnya Tuhan tidak  menyukai
Apapun masalah  kita tangani
Allah al-Basit Maha Melapangi

Masa bersolat jangan terlena
Iman yang sodiq kita membina
Sesama Mukmin jangan mengena
Allah al-Khafid Maha Penghina

Pada syarak hidup bersendi
Agar hidup tidak mendengki
Agar dosa tidak berbaki
Allah ar-Rafik Maha Tinggi

Dunia tempat bercucuk tanam
Dari gersang menjadi taman
Jangan risau tidak berteman
Allah al-Muiz Maha Memberi Kemuliaan

Ada laut adalah ikan
Ada pantai adalah lokan
Yang  tinggi jangan banggakan
Allah al-Muzil Maha Merendahkan

Bulan dan bintang didalam sangkar
Sungguh harmoni tidak berlanggar
Masa dan tempat menjadi malar
Allah al-Samik Maha Mendengar

Ada yang fikir dirinya kuat
Lupa asal usulnya melarat
Baik diTimur maupun diBarat
Allah al-Basir Maha Melihat

Tuhan ada di mana-mana
Tuhan dekat hampir dihalkum
Janganlah hidup tidak bermakna
Allah al-Hakam  Maha Menghukum

Kita manusia sangatlah kerdil
Banyak kurang walau bersijil
Apalah sangat hendak berdegil
 Allah al-Adl Maha Adil

Jangan hati ibarat  besi
Takut mati pucat  dan lesi
Tiada pahala untuk dikasi
 Allah al-Latif Maha Menghalusi

Buat jahat jangan sekali
Buat baik berpada-pada
Tuhan wajib kita kenali
Allah al-Khabir Maha Waspada

Buah khorma jatuh melantun
Jatuh melantun di Taman Pantun
Sesama Muslim sopan  dan santun
Allah al-Halim Maha Penyantun

Sebelum Azan memukul gong
Gong dipukul oleh Temenggung
Jangan berfikir sehingga  bingung
Allah al-Azim  Maha Agung

Kalimah syahadah perlu disampaikan
Tanpa mengira bangsa manapun
Sesama Islam perlu didamaikan
Allah al-Ghaffar sentiasa Maha Pengampun


Semua binatang  boleh diukur
Daripada  kepala sampai ke ekur
Segala  makhluk akan berkubur
Allah al-Syakur Maha Penerima Syukur

Kita makhluk suka bertanya
Tidak kira tempat dan masanya
Tidak kira siapa empunya
Allah al-Ali Maha Tinggi Martabatnya

Matlamat hidup jangan tersasar
Sesama Muslim jangan berkasar
Kerana Allah niat berkisar
Allah al-Kabir Maha Besar

Ilmu Allah tidak bertepi
Sesama Muslim tidak menyepi
Menjunjung Syariat tidak bertapi
Allah al-Hafiz  Maha Menjagai

Umur kita tidak menentu
Sesama Muslim kita bersatu
Masa kita perlu dicatu
Allah al-Muqit Maha Pembuat Waktu

                 Makhluk Allah termasuk api.               
Sesama Muslim jangan mengapi
Ke arah Kaabah semua hadapi
Allah al-Hasib Maha Menghitung, Maha Mencukupi

Akhirnya kita semua ke kubur
Ada jasad yang akan lebur
Ada ruh yang akan bertabur
Allah al-Jalil Maha Luhur


Ada yang miskin ada yang kaya
Ada yang tua ada yang belia
Ada yang menyelia ada yang diselia
Allah al-Karim  Maha Mulia

Alam ini sangatlah luas
Ada yang jinak ada yang buas
Kalau beribadah jangan was-was
Allah al-Raqib Maha Pengawas

Ada lautan ada ikan
Perlu bersyukur ada tangkapan
Hari-hari ada makanan
Allah al-Mujib Maha Mengabulkan

Untuk menghindar terkena bencana
Kalau sesat eluk bertanya
Baik di sini maupun di sana
Allah al-Wasik Maha Luas Pemberian-Nya

Jika kita hendak berkelana
Eluk tidur awal dan lena
Sesama Muslim jangan mengena
Allah al-Hakim Maha Bijaksana

Ada baiknya kurang berkata
Bagai binatang  yang melata
Banyak berfikir kurang bercerita
Allah al-Wadud Maha Pencinta

Waktu malam kita ber sahur
Waktu pagi kita bertabur
Waktu tengahari solat zuhur
Allah al-Majid Maha Tersohor


Sesama Muslim wajar ingatkan
Buat pahala jangan lupakan
Kalau riang jangan sakan
Allah al-Bais  Maha Membangkitkan

Apalah yang hendak dibanggakan
Semua akhirnya akan di lupakan
Mudah-mudahan pahala dapat dikekalkan
Allah al-Syahid Maha Menyaksikan

Solat baik solat yang khusyuk
Cahaya iman akan bersinar
Sifat baik sifat yang tawaduk
Allah al-Haq yang Maha Benar

Hidup di dunia biar terarah
Jika tidak menjadi barah
Bila usaha habis dikerah
Allah al-Wakil Maha Diserah

Hidup ini ibarat bulatan
Jauhkan dari amalan syaitan
Banyakkan pahala jadi buatan
Allah al-Qawi Maha Memiliki Kekuatan

Biar beramal sampai berpeluh
Kalau penat jangan mengeluh
Sudah terang lagi bersuluh
Allah al-Matin Maha Kukuh

Anak isteri perlu disayangi
Tidak wajar untuk ditayangi
Menjadi tanggungan untuk dibimbingi
Allah al-Wali Maha Melindungi

Amalan buruk amalan keji
Diri sendiri perlu dikaji
Amalan  baik amalan disaji
Allah al-Hamid Maha Terpuji

Orang Islam harus  beruntung
Walau kurang wang dikantung
Walau jasad dibakar rentung
Allah al-Muhsi Maha Mengira, Maha Menghitung

Sesama Islam tidak  menyakiti
Akhlak mulia budi pekerti
Perangai baik  pedinding diri
Allah al-Mubdik Maha Memulai

Bila ruh meninggalkan badan
Jasad ditanam  ditanah perkuburan
Dosa  pahala akan dipaparkan
Allah al-Muid Maha Mengembalikan

Selagi hayat dikandung badan
Amal  soleh perlu diusahakan
Jangan malu jangan segan
Allah al-Muhyi Maha Menghidupkan

Ramadan al-Mubarak kita raikan
Aidul Fitri kita nantikan
Puasa  sepenuhnya kita amalkan
Allah al-Mumit  Maha Mematikan

Makhluk Allah berbagai-bagai
Lembu  gemar tempat yang redup
Ikan suka dilubuk sungai
Hanya Allah al-Hai  Maha Hidup

Rumah kampung rumah beratap
Bukannya tempat untuk meratap
Benda yang baik eluk ditatap
Allah al-Qayyum  Maha Tetap

Akhlak buruk amat meluatkan
Akhlak mulia tidak menjemukan
Sesama Muslim  kita satukan
Allah al-Wajid Maha Menemukan

Kita perlu selalu berkarya
Baik miskin maupun kaya
Dalam aman maupun bahaya
Allah al-Majid Maha Mulia

Jangan kita berhati batu
Menjalani hidup tidak menentu
Sesama Muslim perlu bersatu
Allah al-Wahid Maha Satu

Buat jahat tidaklah ber kuasa
Buat lah baik  berlaksa-laksa
Alah bisa tegal biasa
Allah al-Ahad Maha Esa

Biasalah menulis dengan tinta
Jangan sekadar berkata-kata
Sesama Muslim  jangan mengata
Allah al-Samad Maha Diminta

Ular tedung ular berbisa
Tapi tidaklah sangat perkasa
Selagi hidup lagi berusaha
Allah al-Qadir Maha Kuasa

Jangan berbelanja yang bukan-bukan
Sangat tak eluk beraya sakan
Semua Muslim perlu di raikan
Allah al-Muqtadir Maha Menentukan


Syaitan memang selalu membisikkan
Boleh sahaja taubat dikemudiankan
Segeralah beramal doa dipanjatkan
Allah al-Muqaddim Maha Mendahulukan

Kepada Tuhan kita pohonkan
Agar usia kita dilanjutkan
Supaya pengetahuan  sempat di amalkan
Allah al-Muakhir Maha Melambatkan

Kepada Tuhan kita munajatkan
Berikan hidayah juga kekuatan
Jadikan amalan penghias badan
Allah al-Awwal Maha Permulaan

Ada budi ada balasan
Ada tawa ada tangisan
Ada nyata ada kiasan
Allah al-Akhir Maha Penghabisan

Ini bukan itupun bukan
Kalau palsu jangan dikedepankan
Kalau benar perlu dipertahankan
Allah al-Zahir Maha Menyatakan

Sebagai Muslim tak pernah sunyi
Hadir kita sentiasa mewangi
Sesama Muslim jangan membelakangi
Allah al-Batin Maha Tersembunyi

Muhammad Rasulullah sebenar utusan
Junjungan mulia melebihi bangsawan
Ingatlan rakan, kawan dan taulan
Allah al-Wali Maha Menguasai Urusan


Baik ‘oud dari setanggi
Baik  memuji dari mendengki
Berdakwah ibarat menjual membeli
Allah al-Mutaali Maha Tinggi

Buat ibadah terus menerus
Barulah hidup dijalan yang lurus
Baik gemuk mahupun kurus
Allah al-Bar yang Maha Bagus

Ada penyakit ada ubat
Untuk yang lemah atau yang kuat
Sesama Muslim jangan berbuat
Allah al-Tawwab Maha Penerima Taubat

Tiada kita yang maha berkuasa
Baik ramai maupun sa
Baik yang sasa maupun perkasa
Allah al-Muntaqim Maha Penyeksa

Bila di Mekah banyakkan tawaf
Bila  sembahyang ikutlah saf
Baik di rumah maupun di Jabal Qaf
Allah al-Afu Maha Pemaaf

Jika berhajat perlu nikahi
Barulah hubungan boleh diberkati
Kita bukan pengikut masihi
Allah al-Rauf Maha Mengasihi

Waktu didunia jangan berangan
Akhirnya nanti tak menang tangan
Fikiran yang tenang menjadi bengang
Allah Malik al-Mulk Maha Pemilik Kekuasaan

Apalah sangat nak dibanggakan
Kita di dunia dalam perjalanan
Setiap malam  dan setiap siang
Allah Zu al-Jalal wa al-Ikram Maha Pemilik Keagungan & Kemuliaan

Bukan semuanya boleh dibeli
Bukan semuanya boleh diwali
Bila berurusan setiap kali
Allah al-Muqsit Maha Mengadili

Yang kaya jangan mengenepikan
Yang miskin jangan menduakan
Sesama Muslim tolong-tolongan
Allah al-Jamik Maha Mengumpulkan

Baik beta maupun saya
Sebagai manusia kita berusaha
Diberi wang atau tanpa biaya
Allah al-Ghani Maha Kaya Raya

Kepada Tuhan panjatkan pujian
Bagaikan lautan tanpa tepian
Bagai cahaya tanpa bayangan
Allah al-Mughni Maha Pemberi Kekayaan

Sesudah mati di akhirat kelak
Semua amalan bakal diselak
Jangan sampai nanti ditempelak
Allah al-Manik Maha Menolak

Kita ini hamba sahaya
Tidak miskin dan tidak kaya
Sesama Muslim jangan menganiaya
Allah al-Dar Maha Pembuat Bahaya

Kepada ibu bapa kita taat
Kepada Allah kita beribadat
Sesama Muslim kita beradat
Allah al-Nafik Maha Pemberi Manfaat

Sesungguhnya Allah Maha Kaya
Satu ingatan buat tuan dan saya
Banyakkan doa hingga berjaya
Allah al-Nur Maha Cahaya

Ada panas ada sejuk
Ada isi ada tajuk
Ada dimarah ada dipujuk
Allah al-Hadi Maha Pemberi Petunjuk

Alam  ini memang indah
Akan tetapi jangan terleka
Niat buruk membawa padah
Allah al-Badik Maha Pereka

Adat berjalan membawa bekal
Adat berkawan ada yang nakal
Ada berusaha ada  bertangkal
Allah al-Baqi  Maha Kekal

Diam pahlawan diam  berisi
Kuatnya ibarat besi khursani
Apatah lagi keluarga  di sisi
Allah al-Waris Maha Mewarisi

Ada kuda ada keldai
Kalau berniaga eluk dikedai
Kalau di laut jauhi badai
Allah al-Rasyid Maha Pandai

Kalau senyum biarlah lebar
Persaudaraan Islam jangan dibubar
Arasy Tuhan jangan digegar
Allah al-Sabur Maha Penyabar



Kalam
Abdul Latif Hj Samian
1 Ramadan al-Mubarak 1434H
bersamaan 10 Julai 2013